Monday, June 13, 2011

Fever..

Demam adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan dan penyakit-penyakit 
lain. Ia bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang selalunya menandakan anda mempunyai 
penyakit-penyakit yang ringan (tidak serius). Suhu badan normal adalah 37°C, jika melebihi 
tahap ini anda akan disahkan demam.  
Penyebab Demam 
• Ia biasanya berkaitan dengan jangkitan virus seperti selsema, sakit tekak, sakit telinga, 
cirit birit, denggi, dan HIV.  
• Jangkitan bakteria seperti radang appendiks, jangkitan pada paru-paru (pneumonia), 
batuk kering (TB) dan jangkitan pada selaput otak (meningitis)  
• Demam malaria  
• Penyakit sendi  
• Ubat seperti antibiotik dan sebagainya  
• Barah 
  
Rawatan 
Rawatan dirumah : 
• Jika demam itu tidak teruk tiada rawatan yang diperlukan  
• Minum air atau cecair dengan kerap untuk menambah kehilangan bendalir dalam 
badan.  
• Makan makanan ringan dan mudah hadam seperti sup  
• Cuba mandi dengan menggunakan air panas suam untuk meredakan demam.  
• Berpakaian longgar, jangan berselimut kerana ini akan meningkatkan suhu badan.  
• Makan ubat seperti paracetamol dengan jumlah yang tepat untuk meredakan demam 


Bila Perlu Berjumpa Doktor? 
Jika anda mempunyai gejala yang serius : 
• Jika suhu badan melebihi >39°C rawatan di rumah tidak akan membantu.  
• Baru pulang dari perjalanan luar Negara.  
• Mendapat gejala lain seperti ruam, pendarahan, sawan, mengantuk, sesak nafas, sakitsakit sendi, atau bengkak-bengkak badan  
• Sakit perut, mata atau tulang pipi.  
• Mempunyai lain-lain penyakit seperti kencing manis dan barah.  
• Tidak dapat mengambil makanan dan bendalir yang cukup.  
• Sering buang air kecil dan mengalami kesakitan atau dengan kadar yang sedikit.  
• Tidak ada perubahan selepas 4 ke 5 hari.  

*Selalu tak dengar cakap kan?takpelah..jaga diri beb,saya bukan nya dekat nak jaga awak..awak tu kalau demam,panas bukan main melampau,risau tau tak? :( 
 beb,jaga diri,jaga minum,jaga makan..kalau awak sakit,sapa nak jaga saya?sapa nak hantar,ambik saya?sapa nak bebel kalau saya tak makan?sapa??awak je lah ketua bagi bidang tu :D 
take care ngok :')
i'm just thinking about you right now..

No comments:

Post a Comment