Wednesday, October 12, 2011

Seminar Pecut SPM anjuran MARA

SLOT 1


Latar Belakang Penceramah:Ahmad Fadzli b.Abdul Aziz seorang ahli kumpulan nasyid UNIC juga merupakan penceramah bebas.

Syarat Kejayaan

  • Gunakan akal dan tetapkan matlamat
  • Kenali kekuatan dan kelemahan diri
  • Tengok dan analisis
*dia ada juga sentuh berkaitan kehidupan,ibu bapa,Islam dan lain lain..slot ni banyak juga menyentapkan perasaan aku dan buat aku sedar..hehe akhir slot ni buat ramai menangis disebabkan terkenang dosa yang pernah dibuat sepanjang hidup selama 17 tahun ni..aku suka bila dia petik ayat salah seorang ulama Islam,nama ulama tu Hamka..dia kata "Ilmu itu ibarat binatang buas,tambat lah ia jangan biar ia terlepas"

SLOT 2
Latar Belakang Penceramah:Ahmad Shamsuri Muhammad,seorang pensyarah di Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling,Universiti Malaya..Seorang yang cacat penglihatan sejak lahir,mendapat degree ketika umur 13tahun
  • Kita tidak dilahirkan untuk berjaya,bahagia,pandai dan menang
  • Kita juga tidak dilahirkan untuk gagal,kecewa,jahil dan kalah
  • tetapi kita mempunyai untuk kedua duanya
Formula kejayaan
  • Usaha + matlamat =kejayaan
  • usaha - matlamat =sia sia
  • Matlamat - usaha =angan angan
*okay,dia BUTA,aku celik..itu perbezaan aku dengan dia..hidup dia time sekolah lebih mencabar dari apa yang aku rasa sekarang ni..sumpah,aku kagum dengan dia..manusia yang celik dikalahkan dengan orang buta?malu kan?ha'ah aku memang malu dengan diri sendiri..banyak kesenangan yang aku terima selama ni tapi aku lalai :)

aku tak tau lah kalau aku cuma sedar sehari dua je,aku harap aku akan sentiasa sedar..sebulan je lagi nak exam SPM,persiapan aku?satu je aku boleh sebut...ZERO!

No comments:

Post a Comment