Thursday, April 14, 2011

HISTERIA di sekolah..

aku baru nak lelapkan mata time cikgu tak ada tadi,tapi tiba tiba aku terdengar suara orang menjerit kuat..bila aku buka mata,aku nampak semua student keluar..aku pon mencelah lah dalam keadaan separuh mamai..aku nampak seorang student perempuan menjerit guling guling..histeria ke budak tu??semua cikgu kelam kabut mintak tolong..aku fikir suasana berhenti setakat tu je tapi..

tak lama lepas tu,sorang lagi budak perempuan pengsan,satu tingkat dengan kelas aku pulak tu..suasana menjadi riuh kembali..aku tak tau nak buat apa,aku jadi blur untuk seketika..

ustazah masuk ke kelas selepas keadaan terkawal,seperti biasa pembelajaran dilakukan..baru je ustazah bagi penerangan tentang maksud RUJUK:PENAWAR BAGI TALAK,terdengar lagi suara perempuan menjerit dan ustazah hilang seketika menolong budak tu..aku rasa hari ni aku tak banyak belajar,ramai cikgu sibuk 'menyelamatkan' budak histeria..yang paling aku bengang dengan ayat sorang cikgu ni "kalau ada pelajar yg menjerit macam ni,call parents diorang suruh ambik bawa balik je"..mana la pergi hati perut cikgu kan??cikgu,cikgu tu pangkat besar kat sekolah..takkan masalah macam ni cikgu nak lepas tangan?semua pelajar dah jadi tanggungjawab cigu kalau dekat sekolah tau cikgu =)

seramai 8 orang pelajar perempuan kena histeria hari ni..aku agak CUAK!kalau esok aku kena,siapa nak tolong aku??

1 comment:

  1. yant !
    klu kau kene histeria ak thu siapa yg boleh tolong..shahidatul la siapa lg dia kan MAK MOH (mak bomoh) yg pakar dlm hal berobat2kn org nie....
    huhuhuhu

    ReplyDelete