Monday, May 7, 2012

KEPUTUSAN UPU


Yang berhormat,
dukacita dimaklumkan anda tidak layak..

eh.aku tak layak..okay haha
Kebodohan melanda untuk seketika..can i terjun the bangunan now?
yeahhhh!frust!

Assalammualaikum,
setelah mandi baru dapat fikir dengan tenang..takpelah.maybe bukan rezeki aku untuk hari ni tapi tak salah kalau aku nak buat rayuan kan?
Maybe lepas ni aku akan masuk Form6 dulu sementara aku tunggu rayuan aku diluluskan kalau tak maybe terus stay atau try apply college..
FUHH.tak dapat aku bayangkan rupa aku bila nak masuk kolej..bukan tu yang aku nak sebenarnya :)


*MAKE MY PARENTS PROUD TO SAY "TU ANAK AKU"

Thursday, March 22, 2012

Tuntutan vs Kehendak

B.MELAYU    : A-
B.INGGERIS  : C+
MATEMATIK  :B
SAINS              : A
P. ISLAM         : A-
SEJARAH         : A
EKONOMI ASAS  : B
P.SENI VISUAL     :B

So.ni lah hasil usaha aku selama..ni je yang mampu aku buat..Alhamdulillah

Tapi disebabkan result ni,tertimbullah juga masalah untuk aku sambung belajar..
Hajat abah nak tengok aku jadi pegawai askar,hajat mak nak tengok aku jadi cikgu padahal aku tak minat pon nak jadi tu semua..
Diorang beria-ria suruh aku masuk universiti sana sini sampai demam aku pikir ni semua..
Sebenarnya aku nak masuk form 6 je,bukan apa..itu je benda yang aku minat..

Mungkin disebabkan aku anak last diorang,aku je harapan terakhir diorang..even aku cuma dapat 4A,bapak aku punya la seronok sampai canang satu KL ni weh..haiyoo memang serba salah juga lah kalau dia tau aku taknak jadi pegawai askar tu..

Aku sebenarnya dah tawar hati nak sambung belajar,maybe dah mula gatal pegang duit..lagipon abang aku pon pernah masuk U tapi susah nak dapat kerja walaupun result dia bagus,bagi aku tu semua rezeki Tuhan..

Aku cuma harap keluarga aku dapat paham kehendak aku,biarlah aku yang tentukan jalan hidup aku sendiri..

Wednesday, March 14, 2012

Pangkor Island



Fuhh fuhh!
berhabuk dah blog aku ni..dah nak dekat 2bulan tak update kan..hehe

So,ramai yang sedia maklum aku mengalami kecederaan "parah" akibat kegelojohan bersnorkelling time air surut..semua benda tu jadi baru-baru ni masa aku pergi bercuti dengan kawan and my lovely monkey dekat Pulau Pangkor baru-baru ni..uhuk uhuk
(gelabahnya)

Walaupun kos pergi sana agak mahal,tapi banyak pengalaman aku dapat..banyak kerja gila aku buat..dapat jugak "berombak rindu"..haha bodoh
Walaupun dekat sana mengundang baran aku,tapi benda tu juga yang buat kitaorang makin rapat..

Almaklum la,semua orang dah tak sabar nak bersnorkelling padahal time tu air cetek..sebagai padahnya,baru seminit aku pijak laut,kaki aku dah meleleh keluar darah..bila aku tengok kawan aku yang lain,semua muka menahan sakit sebab pijak batu tajam..lepas setengah jam berenang,aku tengok ramai dah terdampar atas batu sebab sakit..banyak juga luka yang kitaorang bawa balik sebagai souvenir =='
terpaksalah kami menunggu sampai air laut pasang..

Pemandu bot kitaorang pon best,lucah lagi =='
tak elok pulak aku tulis kan?so,diamkan diri jela..haha

Memang adat la kan kalau mandi laut badan hitam..tak pernah muka aku buruk macam ni..haishh sedih

*awak,bila kita boleh berombak rindu dengan awak lagi? :D

Saturday, January 28, 2012

28 Januari 2012

fuhhh..
Akhirnya urusan yang penting terlaksana sudah.Walaupun ada sedikit cacat cela dalam majlis tu,alhamdullillah,semuanya berjalan lancar..

Sepatutnya majlis akad nikah kakak aku pukul 10pagi tapi disebabkan tok kadi terlupa pasal akad nikah tu terpaksalah dilewatkan sampai pukul 11.30pagi..lembab ketiak orang tunggu tok kadi..tok kadi pelupa?hmmm bolehlah =='

Banyak benda yang jadi disebabkan terlalu nervous,penat,takut..fuhhh time ni juga lah lupa nak bawak bantal nikah,lupa bawa I/C,tak gosok gigi pon ada =='

pukul 12 tengahari pula dah start kenduri kahwin,semakin kelam kabut jadinya..tapi alhamdulillah semuanya okay

dalam pukul 3 kot kenduri nak habis..time tu muncullah si pencuri kecik dan pencuri besar.pasal makanan kalau nak mencuri pon aku tak kisah sangat,tapi kalau dah sampai nak mencuri gift untuk VIP tu dah kira melampau la kan?sanggup mak cik ni bawa beg besar gedabak semata-mata nak mencuri?gelak aku sekejap :P
Tapi biarlah,semua dah jadi kan..halalkan saja

Walaupun Ilham tak dapat datang tapi sekurang-kurangnya pekerja katering ada muka macam dia..muehehe (mengamuk laki aku kalau dia baca ni)..sentap jantung aku tengok muka mamat tu :(
Tapi kan,aku perasan jugaklah,pekerja katering tu ramai yang couple sesama diorang..ada yang main lap muka,pegang tangan,karaoke sesama..ohh damn!jealous! :'(


*okay,2 Februari ni aku bertolak ke Terengganu untuk kenduri sebelah laki pula..kenduri tepi pantai weh,kau ada??HAHA
by the way,terima kasih kepada kawan-kawan yang sanggup luangkan masa datang kenduri kakak aku tu..
Ain,Intan,Alyah,Hairry,Fizi,thanks korang sebab tolong aku bagi door gift dekat tetamu <3

Thursday, January 26, 2012

Kehidupan Baru


Memang kadang-kadang kau selalu menyakitkan hati aku tapi bila kau dah nak kahwin,aku rasa sunyi jugak la..
Aku malas pulak nak buat drama petang-petang,nanti aku jugak yang nanges =='
cuma satu je aku harap,kau bahagia dengan hidup baru kau..
jangan pernah lupa keluarga
:)

Selamat Pengantin Baru


*Aku harap orang yang aku jemput dapat datang sebab besok hari yang penting dalam hidup aku :')

Wednesday, January 18, 2012

Satu Langkah ke Hadapan


Happy Birthday
Selamat Hari Jadi
Happy Bornday
Selamat Hari Tua

hye,
Tak kisahlah apa ucapan yang diterima tapi maksudnya tetap satu,ertinya juga tetap satu :)
Tak dapat nak di gambarkan betapa bersyukurnya aku dapat hidup selama 18tahun ni..

Mungkin tahun 2012 merupakan tahun penuh cabaran dan mengajar aku lebih sabar menghadapi segolongan makhluk yang tak pernah jemu menjatuhkan orang lain..

But I know I'm a strong girl,so forget about everything and go on to beat their face..Jyeahh!

Wednesday, January 11, 2012

No subject

Kadang-kadang Tuhan bagi kita ujian untuk 
beri peluang kepada umatnya 
untuk mengingatinya daripada terus melupakan-Nya

:)

Kadang-kadang manusia leka apabila diri sentiasa diberi kesenangan
Tapi mereka akan selalu beringat apabila ditimpa kesusahan